TIED UNIMAS: Co-Designing with Children

29 Jun 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 27 dan 28 Jun yang lalu, program TIED Training bersama-sama pihak UNIMAS telah diadakan di Pusat Internet Parit Othman. Program ini khas diadakan untuk kesemua Pi1M Maxis kluster Johor. Program ini diadakan dibawah Technopreneurship, Innovation and Enterprise Development (TIED) Program dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Program kali ini bertajuk Co-Designing with Children, bertujuan untuk mempromosikan penggunaan teknologi dalam kalangan kanak-kanak di Pusat Maklumat. Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah dihadiri seramai 11 orang Pengurus dan Penolong Pengurus daripada 7 Pusat Internet daripada kluster Johor. Seramai 2 orang fasilitator telah terlibat dengan penyampaian modul-modul di dalam program ini. Semoga ilmu yang diperoleh daripada program ini dapat dipergunakan sebaik-baiknya oleh para peserta di masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali